THOORRBAEEKK!!! Mesej PADU Fasha Sandha untuk Pasangan Berkahwin Yang Belum Ada Anak

THOORRBAEEKK!!! Mesej PADU Fasha Sandha untuk Pasangan Berkahwin Yang Belum Ada Anak


Dalam update terbaru Fasha Sandha melalui laman insta nye, Fasha memuatnaik video dia dan suami di atas bot. Dengan penuh panjang lebar Fasha berkongis pendapat tentang anak di dalam hidup orang yang sudah berkahwin.

Dalam pada itu, terdapat beberapa komen yang tidak sedap di baca apabila ada sesetengah pihak yang cuba menjadi batu api hubungan Fasha dan Nora.

Sepanjang pemerhatian kami, hubungan mereka ini tidak lah seburuk yang di sangka. Mereka dilihat begitu rapat kerana anak-anak mereka berkongsi atok yang sama.

Sungguhpun begitu, dari sibuk menjadi batu api atau cemburu dengan hubungan mereka, cuba kita hayati apa yang Fasha ingin sampaikan.

Jom layan.  
Karangan ni hanya untuk pasangan yang dah berumahtangga sahaja. (Feeling gratitude and calm now while breastfeeding Jemyma) Perkahwinan Kebahagiaan Kesetiaan Adalah 'pinjaman' daripada yang Esa. Apa yang kita boleh lakukan adalah cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan berdoa agar 'Pinjaman' itu berkekalan sehingga ke akhir hayat.  Setiap pasangan ada cerita masing2, hanya kita dan pasangan yang tau apa cerita kita.  Bersyukurlah selalu, sesungguhnya Allah tau, apa isi hati kita.  Kepada pasangan yang belum mempunyai cahaya mata, bersabarlah.. Teruskan usaha dan janganlah kecewa. Harus diingat selalu, ada juga pasangan yang mendapat cahaya mata selepas 5-10tahun berkahwin. Saya tau, ramai orang yang tidak menggunakan akal apabila bertanya tentang isu 'pregnant' .usah bersedih. Jika ada yang tanya dan mengguriskan hati lagi, usah jawab apa2. Sebaliknya senyum pada dia dan ucapkan 'alhamdulillah syukur ' didalam hati. Insyaallah orang itu tidak akan cuba bertanya lagi.  Berfikirlah dengan positif, mungkin Allah belum memberikan cahaya mata kerana beberapa perkara. Mungkin kerana Allah ingin anda dan pasangan berbulan madu berdua lebih lama. Atau mungkin kerana kalian belum benar2 bersedia menjadi ibubapa. Harus diingat, bila dah ada anak, fokus utama pasangan adalah anak, jadi, secara automatik masa suami isteri akan sedikit sebanyak akan terbatas juga. Ingat, setiap apa yang terjadi tentu ada hikmahnya. Janji Allah itu pasti.  Kepada yang tidak mendapat restu didalam perkahwinan walaupun telah berumahtangga, teruskan bersabar dan teruskan berdoa, Insyaallah Allah akan bukakan pintu hati mereka untuk menerima. Bukanlah satu perkara mudah untuk mendapat restu yang benar2 ikhlas walaupun telah sedaya upaya berusaha. Ditambah pula jika ada virus atau kuman atau batu penghalang kebahagiaan didalam sebuah kekeluargaan. Walau apapun, terus kan bersabar dan teruskan berdoa. Sesungguhnya Allah mandengar, maha pemurah, lagi maha mengasihani. Allah juga maha pengampun juga maha penyayang. ❤️ (Kepada yang sudi berkongsi tips perkahwinan dan hamil selepas lama berkahwin,pls do) 😀 ❤️ 424am 20th Sept
A video posted by Fasha Sandha (@fashasandha) on

0 Response to "THOORRBAEEKK!!! Mesej PADU Fasha Sandha untuk Pasangan Berkahwin Yang Belum Ada Anak"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...