Baru-baru ini viral di media sosial isu doktor tampan dan kacak, Dr. Shazril selepas menjadi tetamu jemputan di program AM Krew, Hot FM.
Program tersebut didapati tidak mendatangkan manfaat serta komen balas yang diterima dari pendengar juga tersasar dari ajaran islam.
Jesteru, Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak tampil dengan beberapa pesanan. Khas untuk pihak Hot FM, Dr. Shazril dan orang ramai.
1. Hati-hati dalam Bicara
Islam ialah ad-deen, sebagai cara dan panduan hidup perlu dijulang dalam setiap tingkah laku dan amal kerja seharian terutamanya bagi seorang Muslim. Antara yang dititik-beratkan di dalam agama ini adalah butir kalimah ketika tutur kata. Tutur kata melambangkan peribadi seseorang. Lantas, haruslah dijauhi dari membicarakan perkara-perkara yang sensitif dan negativ lebih-lebih lagi berkenaan maruah wanita dan Agama Islam ini. Isu perbincangan dalam slot ini seakan-akan melupakan aspek hukum-hakam dalam agama dan dikhuatiri ianya bakal mengundang petaka. Bimbang-bimbang yang jahil akan terus merasakan perbuatannya betul. Pentingnya menjaga tutur kata, tidak mengungkapkan hal buruk, menyakiti hati sesama muslim dan manusia, meringan-ringankan hukum agama kerana bertutur tanpa berfikir kesannya akan membawa kepada permusuhan dan kekacauan dalam masyarakat. Perbincangan yang sudah terbabas dari landasan ilmiah ini dikhuatiri mendatangkan silap faham terhadap hukum-hakam berkaitan wanita dan perbidanan.
2. Islam mengangkat Maruah Wanita
Islam adalah agama yang sempurna telah mengangkat martabat dan memelihara maruah wanita serta menjaga penganutnya dari terjerumus ke lembah kehinaan. Cukuplah Surah An-Nisa sebagai satu bukti Islam memuliakan wanita. Namun reaksi penyampai radio dan pendengar wanita seperti mencampakkan semua kemuliaan tadi dan terjun ke lembah yang hina. Kebanyakan pemanggil umpama sudah tidak ada lagi adabnya sebagai seorang wanita. Atas alasan mahu menceriakan pagi tidak dapat menghalalkan cara kalian. Saya teringat satu hadith Rasulullah SAW yang bermaksud : Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari) Ada yang sudah pasang niat mahu Dr. lelaki ini mengendalikan proses bersalinnya. Sedangkan di luar sana, ramai doktor Muslimah wanita sedang mempertahankan hak dan aurat wanita ketika bersalin. Bukankah menjaga aurat dari diperlihatkan kepada ajnabi itu sangat mulia di sisi Allah? Ada yang menawarkan diri sebagai calon isteri nombor dua. Sedangkan mereka sudah bersuami. Na’uzubillah. Maka tundukkanlah pandangan kamu dan jagalah kemaluan kamu nescaya kamu mulia.
Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 31:
Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;
3. Doktor Mukmin Idaman Ummah
Profession dalam bidang perubatan adalah profession yang mulia. Allah subhanahu wa taala telah menjadikan Nabi Isa alaihissalam sebagai seorang yang terkenal dalam menyembuhkan dan merawat penyakit. Inilah salah satu mukjizat Nabi Isa. Umum mengetahui untuk menjadi seorang doktor seseorang perlu menjalani latihan dan menimba pengetahuan yang sangat luas, namun tidak cukup sekadar pengetahuan berkaitan perubatan dan kesihatan sahaja, seorang doktor Mukmin perlu mendalami ilmu agama dalam bidang perubatan. Seorang doktor Mukmin sentiasa meletakkan hukum Allah mengatasi segala urusan dan keputusan. Mereka juga sentiasa membimbing pesakit bersama-sama mendekati Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Agar hasilnya sama-sama beroleh peningkatan Iman dan dilimpahi keberkatan dalam kehidupan. Justeru, sepatutnya Dr. Shazril menceritakan prosedur yang diamalkan secara profesional bagi pengendalian kes perbidanan ini ketika dilontarkan soalan dan harapan oleh pendengar melalui panggilan ke konti Hot FM. Hal ini kerana persoalan ini berkait rapat dengan aurat pesakit yang pada hukum asal melihat aurat bukan mahram adalah haram sama sekali.
4. Seruan kepada Hot FM
Dalam keadaan masyarakat hari ini yang amat memerlukan bimbingan untuk kembali kepada asas kehidupan berteraskan Al-Quran dan sunnah, kewujudan rancangan dan segmen di radio harus diberi penelitian dari pelbagai aspek agar maklumat yang disebarkan adalah benar dan tepat serta memberi manfaat kepada pendengar bagi menambahbaik kehidupan bukan sekadar menjadikan pendengar terawang-awangan dengan gosip dan buah mulut yang tidak ada kesudahan.
Tuntasnya, diharapkan Hot FM, AM krew dan semua syarikat penyiaran yang berunsur hiburan semata-mata dapat menjadikan teguran ini sebagai iktibar dan pengajaran.
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Al-Ahzab: 21)
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memberikan taufik dan hiadayahNYA kepada kita.
Akhukum fillahKelalaian di dalam hiburan. Ini lah yang berlaku di dalam dunia kita sekarang.
Astaghfirullah, saat ramai muslimah dok perjuangkan untuk mendapatkan doktor wanita saat bersalin dek menjaga maruah, pagi ini terdengar perempuan-perempuan TAK ADA MARUAH dok menggatal berebut nak doktor hensem
izin share ya admin :)
ReplyDeleteburuan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
ayuk... daftar, main dan menangkan
Line : agen365
WA : +855 87781483 :)
Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)